10 Tips Borong Barang Di Guangzhou, China

Hi, Mommies!

Ada yang tengah survey-survey pasal nak pegi Guangzhou ke tu?

Actually, dah lama Fiqa nak share pasal trip borong barang dekat Guangzhou ni. Dah 36 purnama berlalu, baru ada masa untuk Fiqa share. Jangan risau Mommies, Fiqa bukan jenis suka tipu-tipu tau! Hati-hati jangan terkena pada kes penipuan beli barang ni. Fiqa just nak share pengalaman Fiqa dah masuk 3 tahun jelajah bandar Guangzhou!

2016, Fiqa mula cuba-cuba nak belajar buat bisnes lepas berhenti kerja sebagai Engineer. Dalam fikir-fikir nak buat bisnes apa, Fiqa terjumpa satu group Business Trip ke China (Guangzhou)  dengan harga RM2500 seorang selama 4 hari 3 malam.

Kenapa Guangzhou?

Bandar Guangzhou adalah salah satu dari tiga bandar terbesar di China. Guangzhou merupakan 'Wold Trade Center' terbesar. Kalau dah terbesar tu, segala import dan eksport barang (trading) ada di sini. Harga jauh lebih murah dari Malaysia.

Maka, pegilah Fiqa dengan rombongan seramai 90 orang sertai trip ni. Di sana, Fiqa jumpa kawan-kawan baru dari circle business. Terkejut juga Fiqa, Founder OK Group alaa yang produk Kacip Fatimah & Ali Cafe tu... Datin Hasbuna bersama keluarga ikut sertai rombongan ni. Berkenalan pula dengan founder Bokitta, and banyak lagi la founder-founder produk lain. Terasa diri ni ikan bilis je, bisnes pun tak ada lagi. Trip ni bukan hanya Fiqa dapat belajar cara borong barang dari China pada siang hari tapi dapat ber'networking' sedut ilmu serba sikit dari pengalaman bisnes mereka-mereka yang telah berjaya ni melalui 'sharing session' yang dianjurkan di hotel pada malam hari. Satu pengalaman yang paling berharga tak dapat Fiqa lupakan!




Tahun berikutnya, 2017 Fiqa datang sendiri dengan suami ke Guangzhou atas urusan pembelian barang bisnes. Masa ni Fiqa dah mula ada bisnes tudung jenama sendiri. Dari pengalaman pertama, Fiqa dah ada serba sedikit pengetahuan beli barang di sana, maka yakin dah untuk pergi sendiri.




2018, Fiqa pergi membawa group ladies pula seramai 6 orang termasuk Fiqa untuk borong barang di Guangzhou. Fiqa bawak group yang kecil supaya senang Fiqa sorang nak manage dan bergerak. Disamping tu dapat kenal dengan lebih rapat untuk bertukar idea bisnes.




Jom kita tengok tips ni sebelum pergi ke Guangzhou,

1. Tiket Penerbangan

Selalunya Fiqa pergi guna penerbangan Air Asia (AA). Harga tiket jauh lebih murah berbanding penerbangan yang lain. Rancang perjalanan lebih awal untuk dapatkan tiket yang murah. Ambil luggage sekurang-kurangnya 30kg jika dah rancang nak bawa balik barang yang banyak untuk elakkan kena charge lebih muatan.



2. Check Cuti Umum di Guangzhou

Ini penting bagi mengelakkan bila pegi sana takut nanti banyak kedai yang tutup pada cuti umum besar mereka. Contohnya, Tahun Baru Cina dan ada juga cuti perayaan lain yang mereka sambut. Seeloknya sebelum tempah tiket, semak dulu kalender cuti umum mereka.

3. Visa

Guangzhou memerlukan visa sebelum ketibaan, bermakna kena apply visa di Malaysia terlebih dahulu sebelum berlepas. Seeloknya apply visa sebulan sebelum penerbangan kerana visa perlukan masa dalam 3 hingga 4 hari untuk siap. Visa boleh di buat di sini,

Address: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Business hours:
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00

https://www.visaforchina.org/KUL_EN/

4. VPN

Di china, Facebook, Google, Instagram, Whatsapp semua tak boleh pakai. Governement dia sekat access ke media sosial ni. Makanya, sebelum berlepas pastikan dah download apps VPN sia-siap supaya bila sampai di sana kita boleh access media social kita.


Image result for vpn

5. Adapter

Jangan lupa bawa Internationl Adapter untuk charge handphone di sana nanti. Suis dia tak sama dengan Malaysia maka perlukan adapter. Boleh beli di lazada atau kedai jual barang elektrik.

Image result for ADAPTER

6. Roaming Man

Roamingman portable wifi ni berguna bila jalan-jalan di luar waktu siang nak pakai data internet untuk tengok map dan sebagainya. Sebaiknya ada boleh sewa dari mana-mana kiosk di KL atau airport. Kadar sewaan satu hari bergantung kepada negara yang kita nak lawati.

Image result for roaming man


7. Hotel 

Sebaiknya pilih lokasi hotel berdekatan dengan Subway Station dan di tengah bandar Guangzhou supaya senang untuk bergerak ke tempat-tempat borong. Sampai di hotel, ambil business card hotel untuk tujuan jika nak naik teksi nak bagi tau pemandu alamat hotel, tunjuk bisness card hotel tu. Mudah pemandu teksi faham. Teksi juga murah tapi hati-hati takut kena tipu harga tambang.
Makanan Halal juga mudah untuk dicari di Guangzhou tak perlu risau. 

8. Tempat Borong

Sebelum berangkat buat research tentang tempat nak dapatkan barang apa yang nak di cari tu. Bandar Guangzhou besar dan tempat borong terlalu banyak bergantung pada barang yang nak kita cari. Contoh, lubuk kain salah satu di Haisun Wholesale banyak terdapat kain jenis silk. Ada lagi lubuk lubuk fabrik di tempat berasingan bergantung pada fabrik yang kita cari. Tempat fabrik ni sebagai contoh. Terdapat banyak lagi tempat borong seperti handbag, kasut, pakaian baby, banrang elektronik etc.





9. Komunikasi

Masalah utama di sini adalah bahasa. Download aplikasi google translate dan wechat untuk mudah komunikasi dengan supplier. Jangan lupa ambil bisness card supplier di sana untuk simpanan supaya akan datang kita mudah nak cari tempat yang sama. Seeloknya pergi jumpa supplier tu sendiri belajar untuk 'negotiate' harga. 


Image result for wechat

10. Shipping Agent

Kalau barang boleh bawak balik dalam kargo kapal terbang, tak perlu pakai shipping agent. Tapi kalau barang terlalu banyak kuantiti order atau besar yang perluakn shipping agent boleh survey dengan company-company shipping di sana untuk shipping barang ke Malaysia.

Rasanya cukup complete dah tips penting yang Fiqa nak kongsikan. 

Jika berminat nak belajar direct dengan Fiqa di Guangzhou boleh email dengan Fiqa. Fiqa akan guide 'one to one'. Fiqa hanya buka untuk ladies sahaja tau yang betul-betul nak belajar cara trading barang dari China. Urusan penerbangan, visa, hotel & transport semua Fiqa akan uruskan. 

Harga? 

In shaa Allah, lebih murah dari harga yang Fiqa bayar untuk dapat ilmu ni!

Semoga bermanfaat post kali ni!

Jika Mommies rasa post ni bermanfaat, sila share post ni supaya ramai boleh dapat ilmu ni ye =)



Comments

Popular Posts